empty
 
 
07.06.2023 06:33 AM
Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 7 Jun. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Selasa:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang GBP/USD ini telah diniagakan lebih rendah pada hari Selasa. Ini berkemungkinan besar berikutan ketiadaan latar belakang makroekonomi pada hari semalam. Pada sebelah pagi, UK telah mengeluarkan laporan Indeks Pengurus Pembelian Pembinaan (PMI), yang ternyata lebih baik sedikit daripada yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini mula jatuh pada sebelah pagi, jadi kesimpulannya adalah jelas: pasaran mengabaikan laporan ini. Adalah wajar untuk mengambil perhatian bahawa sisihan daripada ramalan adalah kecil, jadi tindak balas tidak mungkin kuat. Di Amerika Syarikat (AS), tiada apa-apa yang menarik hari ini, jadi peniaga tidak mempunyai apa-apa untuk bertindak balas sepanjang hari.

Selepas menembusi garis aliran menurun kedua, pergerakan menaik tidak pernah benar-benar bermula. Pada hari pertama selepas penembusan harga, masih terdapat sedikit pertumbuhan, tetapi kemudian pasangan mata wang ini telah jatuh atau bergerak secara mendatar selama tiga hari berturut-turut, lebih banyak daripada kenaikan. Keadaan pada masa ini samar-samar, dan latar belakang makroekonomi hampir tiada.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

This image is no longer relevant

Terdapat hanya satu isyarat dagangan pada carta 5 minit. Pada permulaan sesi dagangan Eropah, pasangan mata wang ini melantun daripada tahap 1.2445 dan kemudian bergerak turun kira-kira 40 pip. Walau bagaimanapun, ia gagal mencapai tahap sasaran terdekatnya pada 1.2372. Semasa sesi dagangan Amerika, pasangan mata wang ini mengukuh, tetapi dengan perlahan dan berat hati. Oleh itu, satu-satunya pesanan menjual sepatutnya ditutup secara manual menjelang dagangan sesi petang. Keuntungan daripadanya adalah sekitar 15-20 pip. Pergerakan sepanjang hari bukanlah yang terbaik.

Tip dagangan pada hari Rabu:

Seperti yang dapat dilihat pada carta 30 Minit, pasangan mata wang GBP/USD ini telah menamatkan aliran menurun dan memulakan aliran menaik baharu dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, kami belum melihat sebarang pergerakan menaik yang ketara lagi. Kami percaya bahawa pound belum cukup melemah untuk membentuk aliran menaik yang kukuh, jadi kami menunggu penurunannya. Walau bagaimanapun, akan terdapat sedikit data penting minggu ini, oleh yang demikian, kami juga mengesyorkan agar anda memberi perhatian kepada carta yang lebih besar. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2171-1.2179, 1.2245, 1.2307, 1.2372, 1.2445, 1.2507-1.2520, 1.2597-1.2616, 1.2259, 1.2659, dan 1.2659. Apabila harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, pesanan Stop loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal. Tiada acara penting yang dijadualkan di UK pada hari Rabu. Begitu juga dengan AS. Oleh itu, kami menjangkakan pergerakan mendatar dan volatiliti pasaran yang rendah bagi pasangan mata wang ini.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget